Wednesday, 19 January 2011
Tanggungjawab Suami atau Isteri?
Dewasa ni sudah menjadi suatu perkara yang memeningkan apabila bicara mengenai hal kawin,samada sebelum ataupun selepas,jika sebelum kawin kita sibuk dengan mengumpul harta,duit untuk hantaran dan persiapan,maka selepasnya kita akan sibuk dengan hal mencari rumah baru,samada sewa atau beli,barang2 kelengkapan isi rumah,itu dan ini yang tidak berpenghujung.
Namun,kadangkala dalam kekalutan kita untuk menuju ke gerbang perkahwinan,ataupun yang sudah melayarinya,masih ada perkara-perkara yang sering disalah erti terutamanya dari segi tanggungjawab suami dan isteri. Sebagai contoh yang paling mudah tetapi yang paling kurang diamalkan adalah tugas-tugas yang sering dianggap tugas yang termasuk dalam gelaran 'isteri' kepada seseorang iaitu memasak,mengemas,membersih dan lain-lain yang sering dilakukan oleh seorang surirumah tangga sebenarnya adalah tugas yang harus dipikul oleh sang suami.
Kerja-kerja yang disebutkan tadi sebenarnya adalah milik suami,suami selain mencari rezeki untuk keluarga,dia juga harus memasak,mengemas,membasuh kain dan lain2,walaupun kedengaran agak pelik dan ada sesetengahnya mengatakan lelaki itu dayus,tetapi hakikat tetap hakikat,cuma antara sebab yang menyebabkan ianya bukanlah satu isu adalah kerana adat yang digunapakai dan diterima dalam masyarakat setempat terutamanya melayu.
Dalam konteks masyarakat sekarang,lelaki yang membuat kerja2 yang dikatakan tadi pastinya akan dikata sebagai dayus dan takut kepada isteri sedangkan itu adalah tugas seorang suami. Maka, disinilah kita,terutamanya lelaki harus memahami dan menghargai seorang wanita terutamanya apabila si isteri mengambilalih tugas suami dengan memasak dan segalanya hatta selepas penat bekerja. Toleransi dan saling memahami lah yang bakal mengembalikan tugas2 ini ke landasan yang betul. Walaupun lelaki sekarang kebanyakannya tidak lagi memasak dan membuat kerja2 yang dikatakan untuk surirumah,tetapi alangkah baiknya jika saling faham memahami dan toleransi yang diamalkan itu membawa kepada tolong menolong dalam segala hal. Si isteri sibuk memasak,kita menjaga anak,si isteri mengutip pakaian,kita tolong membasuh atau menjemur. Dengan adanya sifat2 positif yang diamalkan dalam seseuatu rumahtangga,perselisihan pendapat serta pertelingkahan dapat dikawal kerana sering bekerjasama untuk hidup harmoni.
Satu perkara yang benar,tetapi jarang diikuti oleh pasangan masakini =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
my dad is like that...
ReplyDeletelucky ur mom then,hehe..
ReplyDeleteyeah...one of my future babe criteria is like my ayah..heheh.. i just wish dat..
ReplyDeletewe can always wish but we never know what will we get,just pray for the best is for us to keep =)
ReplyDelete