'Tahniah! anda telah ditawarkan ke Sekolah Kebangsaan Gusai,Ulu Tembeling,sila datang 2hb Januari 2010 di Jeti Kuala Tahan,bawa makanan dan barang2 penting sahaja dulu' Teringat2 aku akan SMS yang aku terima setelah sekian lama tertanya-tanya dimanakah agaknya aku bakal dipostingkan untuk mengajar pertama kali,risau benar aku kalau-kalau aku dihantar nun jauh dipelusuk pedalaman sarawak atau sabah.
Truuut..Truuut! Hello..waalaikumsalam..ye saye..ooo..bla3..
Sebaik sahaja menerima panggilan dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai guru besar SK Gusai,fikiranku mula berkecamuk,bukannya jauh dipedalaman yang menjadi persoalan,tetapi benarkah perkhabaran itu tatkala rakan-rakanku masih tertanya2 dimanakah mereka bkal ditempatkan,masing2 sibuk membuat panggilan hangit ke JPN,KPM untuk bertanyakan khabar penempatan tetapi hampa sedangkan aku dihubungi oleh Guru Besar sendiri,logikkah ini?fikirku berulangkali..Aku terus menerpa mencapai komputer ribaku,jari jemari pantas menaip "SK GUSAI"..dan akhirnya terpampang carian yang membuatkan aku terkesima sebentar,kena naik bot??4jam??Tidakkk!!!
Selang beberapa hari selepas itu,tanggal 1hb januari 2010,aku dengan ditemani kedua ibubapaku serta emak saudaraku mula bergerak ke kuantan untuk menumpang dirumah sepupuku,malam itu kami sama2 memikirkan dan mencongak jalan manakah yang harus diambil untuk sampai ke kuala tahan kerana diantara kami,tiada seorang pun yang pernah sampai kesana. 2hb januari akhirnya menyaksikan kekalutan kerana pada hari tersebut,acara penyerahan surat penempatan diadakan,masing2 gementar untuk mengetahui tempat yang bakal mereka bertugas,aku pada masa itu sudah berpegang pada pemberitahuan sebelumnya,iaitu penempatan di sekolah Gusai,dan itu membuatkan aku sedikit tenang,saat aku mendapat surat penempatan,aku buka perlahan-lahan dan benar,aku telah ditugaskan di SK GUSAI,aku melihat keliling dewan,ada yang menangis,ada yang gembira,dan ada yang sedang berbincang dengan pegawai JPN,dah nak mintak tukar ke?fikirku..ah..lantak la,yang penting aku dah dapat surat penempatan yang ditunggu2,kataku..'awak dapat SK GUSAI ker?" tiba-tiba aku disapa,"oh wartawan rupanya,ape dia nak ni",bisikku. Wartawan tersebut kemudiannya bertanyakan mengenai perasaanku ketika mendapat tahu tempat bertugas dan beberapa soalan lain,selesai ditemuramah,aku pulang kerumah sepupuku dan menunggu hari esok,hari aku bakal ke....Gusai
Keesokan harinya,seawal jam 7,kami bertolak menuju ke Kuala Tahan,cuaca pada hari tersebut tidak menyebelahi kami,hujan turun agak lebat membuatkan perjalanan kami agak terganggu dek kerana jarak penglihatan dipendekkan. Kami melalui Bandar Pusat Jengka,dan jalannya boleh dikatakan kurang elok,mungkin disebabkan oleh jalannya dipenuhi 'jerangkap samar' yakni baja free dari lembu-lembu disekitarnya.Setelah melalui jalan yang bersimpang siur dan memeningkan,apetah lagi dalam keadaan hujan,kami pun sampai di Jeti Kuala Tahan pada jam 9.30 pagi dan menunggu cikgu Hazwan,cikgu yang bakal membawa aku masuk nun jauh di Gusai,rupa2nya aku diberitahu yang bot akan bermudik pada jam 1 tghari. "menyesal pulak aku datang awal sangat" keluh ku. Puas aku menunggu,kesian pulak aku tgk mereka yag menghantarku terpaksa menunggu lama.Jam akhirnya menunjukkan jam 1,aku mula memuatkan barang dalam bot yang bakal ku naiki,aku agak risau pada pemulaannya meskipun aku sudah biasa dengan sampan dan bot tambang di perkampunganku. Setelah semua barang telah dimuatkan kedalam bot dan penumpang telah bersedia,bot yang aku naiki mula bergerak meninggalkan jeti Kuala Tahan,aku melambaikan tangan ke arah kedua ibubapaku.

Didalam bot,aku masih lagi risau,tapi lama kelamaan aku menjadi ralit memerhatikan hutan2 dan pokok sekitar sungai ulu tembeling ini,sejuk mula menyeliputi badan kerana hujan masih tidak berhenti,air sungai pula menyimbah2 masuk menerpa aku,basah kuyup dibuatnya,lama kelamaan mataku tidak lagi dapat bertahan,dan aku terlelap,kemudian tersedar dan kembali terlelap,begitulah beberapa kali kerana aku tidak terbiasa dengan menaiki bot selama itu,setelah hampir 3 jam perjalanan,aku sampai ke kg.Bantal,disitu kami bertukar dari bot kepada perahu yg lebih kecil dan tidak berbumbung,mujurlah hujan tinggal renyai2 sahaja,aku meneruskan perjalanan seusai bersolat jamak,ketibaanku disambut oleh guru-guru yang bertugas sebelum aku,nasib baik anak-anak murid juga datang membantu memandangkan aku membawa barang yang agak banyak untuk penempatan kali pertama ini. Kampung ini ku rasakan suasananya aman,tiada kedengaran bunyi bising kenderaan yang tidak pernah surut berbanding di bandar.
Kedatanganku juga disambut oleh TNB secara tersirat apabila selang sehari selepas itu,bekalan elektrik terputus selama beberapa hari sehinggalah hari aku kembali menghilir untuk menyelesaikan segala dokumen2 penerimaan jawatan dan medical checkup,dan perlahan-lahan dari saat itu,aku mula mempelajari erti menghargai elektrik dengan kerap online sebelum ada monyet-monyet atau pokok tumbang yang bakal membuatkan aku mati akal selama 3-4hari setiap kali putusnya bekalan elektrik,hehe..
Sk Gusai
Kadang2 kena tolak bot bile air cetek
Kadang2 bermandikan hujan
terpaksa menempuh jeram2
Bot pun boleh karam jugak
Sk Gusai
assalamualaikum
ReplyDeletewaalaikumussalam w.b.t =)
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeletepengenalan yg menarik...
thanks bro azri =)
ReplyDeleteAssalamualaikum...Bro....
ReplyDeleteTahniah Bro... atas kesanggupan bro menyahut cabaran apabila ditempatkan di SK Gusai.Didiklah anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.
Aku juga seorang guru.Gusai adalah kampung asalku. Disana aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga umurku 20 tahun.Terima kasih kepada bro untuk segala jasa bakti yang dicurahkan utk warga gusai. TQ
insyaallah..akan saya tunaikan amanah yang dipikul dengan sebaik2nya..thanks =)
ReplyDeletemy first posting at 1997
ReplyDeleteayoh mat narom..cu bariah suharpi atau tokak..alias ..ayub..baleng long gonder..semua.tu org gusai..aki syed abu..acu pozi..aki deris..
ReplyDeletetok empat ayoh tih par..wan hassan..pakar nyelam.ikan ..semua.tu kenangan sekarang
ReplyDeletebagunan lame murid hanya 25 orang saje mase tu
ReplyDelete