Wednesday, 19 January 2011
Tanggungjawab Suami atau Isteri?
Dewasa ni sudah menjadi suatu perkara yang memeningkan apabila bicara mengenai hal kawin,samada sebelum ataupun selepas,jika sebelum kawin kita sibuk dengan mengumpul harta,duit untuk hantaran dan persiapan,maka selepasnya kita akan sibuk dengan hal mencari rumah baru,samada sewa atau beli,barang2 kelengkapan isi rumah,itu dan ini yang tidak berpenghujung.
Namun,kadangkala dalam kekalutan kita untuk menuju ke gerbang perkahwinan,ataupun yang sudah melayarinya,masih ada perkara-perkara yang sering disalah erti terutamanya dari segi tanggungjawab suami dan isteri. Sebagai contoh yang paling mudah tetapi yang paling kurang diamalkan adalah tugas-tugas yang sering dianggap tugas yang termasuk dalam gelaran 'isteri' kepada seseorang iaitu memasak,mengemas,membersih dan lain-lain yang sering dilakukan oleh seorang surirumah tangga sebenarnya adalah tugas yang harus dipikul oleh sang suami.
Kerja-kerja yang disebutkan tadi sebenarnya adalah milik suami,suami selain mencari rezeki untuk keluarga,dia juga harus memasak,mengemas,membasuh kain dan lain2,walaupun kedengaran agak pelik dan ada sesetengahnya mengatakan lelaki itu dayus,tetapi hakikat tetap hakikat,cuma antara sebab yang menyebabkan ianya bukanlah satu isu adalah kerana adat yang digunapakai dan diterima dalam masyarakat setempat terutamanya melayu.
Dalam konteks masyarakat sekarang,lelaki yang membuat kerja2 yang dikatakan tadi pastinya akan dikata sebagai dayus dan takut kepada isteri sedangkan itu adalah tugas seorang suami. Maka, disinilah kita,terutamanya lelaki harus memahami dan menghargai seorang wanita terutamanya apabila si isteri mengambilalih tugas suami dengan memasak dan segalanya hatta selepas penat bekerja. Toleransi dan saling memahami lah yang bakal mengembalikan tugas2 ini ke landasan yang betul. Walaupun lelaki sekarang kebanyakannya tidak lagi memasak dan membuat kerja2 yang dikatakan untuk surirumah,tetapi alangkah baiknya jika saling faham memahami dan toleransi yang diamalkan itu membawa kepada tolong menolong dalam segala hal. Si isteri sibuk memasak,kita menjaga anak,si isteri mengutip pakaian,kita tolong membasuh atau menjemur. Dengan adanya sifat2 positif yang diamalkan dalam seseuatu rumahtangga,perselisihan pendapat serta pertelingkahan dapat dikawal kerana sering bekerjasama untuk hidup harmoni.
Satu perkara yang benar,tetapi jarang diikuti oleh pasangan masakini =)
Monday, 17 January 2011
Tahun 2011
Tahun 2011,huh..pejam celik pejam celik dah nk masuk 27 umur aku,orang lain dah ade sorang dua anak,aku jugak yang terus2an single mingle,memilih ke aku nih?haha..kadang2 bila kita ni laki,rasa selamat sikit,selamat dari apa?yela kan,kalo pompuan ngan umur yg area ni maunye resah gelisah dek bertubi2 kene soal siasat ngan sedare mare soalan taboo 'bile nak kawin?' haha..ade yang sipu2,ade yang jawab stended 'belum ada jodoh', kalo yang laki plak 'belum sampai seru',kah3x..
Bila difikir2kan balik,aku rase agaknya kata2 aku dlu dah jadi satu doa kot,pernah la dulu masa aku awal 20-an bile org tanye or adik-adik aku bercakap psal kawin2 nih,aku pi cakap yang aku nak kawin umur 30,tapi aku xla risau sangat pun,yela kan,nama pn laki,lewat2 pn xape,orang kate lagi matang,tapi bile tengok kawan2 da bine kluarga sendiri tuh goyang la jugak rase nk kawen,haha..
Single mingle ni bagi aku lagi senang,free je manjang,nk buat itu ini xde kene sape nak melarang,xade komitmen. Well,apetah lagi bile aku bertugas kat pedalaman macam ni,xde la keperluan untuk aku menghilir ke pekan kerap sgt,setakat balik kampung jenguk mak ayah,adik2 tuh sebulan skali pun dah ok
Ok sudah2 ngan citer single2,jodoh2 ni,bagi aku kalo ade tu ade la nanti,nk mencari sangat pun xjugak,haha..Tahun 2011 ni aku rancang nak mempelbagaikan aktiviti luar aku terutamanya dihujung2 minggu,so ada harapan la aku keluar jarang2 ke pekan nanti.
Firstly,dapat je gaji Januari nih,aku nak keluar cari joran,so boleh la time2 hujung mnggu aku p mancing sekitar sungai tembeling nih,dapat xdapat ikan tuh lain cerita,janji ade la benda nak isi masa2 terluang tuh,lepas tuh agak2 da terer mancing (haha) aku nak buat camping+mancing kelah kat jeram,baru ade thrill..kalo dapat ikan nanti korang jangan risau la,aku mesti ingat punye,ingat untuk upload gambar bagi korang tengok,haha..

Sunday, 16 January 2011
Lawatan oleh TMP II ke SK Gusai
Esok bermulanya minggu yang penuh dengan kekalutan,yelah mana tak kalutnya,dengan nak buat RPHnya,dengan nak mengajarnya,nak siapkan itu ini untuk persediaan menyambut Timbalan Menteri Pelajaran yang dijangka akan melawat pada 18hb Januari 2010 yang kemudiannya ditangguhkan kepada 20hb. Sudahlah pamplet,pemberitahuan tentang gotong-royong memasak sudah habis dicanang,tiba-tiba jer tukar tarikh,bertambah kalut la kami nanti,aku pun tak pasti la arahan dari mana yang menambah kalutkan kami,samada dari PPD sendiri ataupun mungkin kerana orang yang dipertanggungjawabkan untuk persediaan secara tidak langsungnya merupakan Guru baru disekolah ini..hurm..Lawatan dijangka dihadiri untuk tempoh sejam,tetapi persediaan lebih seminggu,wow! kan elok kalau sesetengah orang-orang yang BESAR ni datang tanpa perlu protokol itu dan ini..mudah kerja semua,well..mimpi la kan,haha..
Saturday, 15 January 2011
Kampung Gusai Ulu Tembeling
'Tahniah! anda telah ditawarkan ke Sekolah Kebangsaan Gusai,Ulu Tembeling,sila datang 2hb Januari 2010 di Jeti Kuala Tahan,bawa makanan dan barang2 penting sahaja dulu' Teringat2 aku akan SMS yang aku terima setelah sekian lama tertanya-tanya dimanakah agaknya aku bakal dipostingkan untuk mengajar pertama kali,risau benar aku kalau-kalau aku dihantar nun jauh dipelusuk pedalaman sarawak atau sabah.
Truuut..Truuut! Hello..waalaikumsalam..ye saye..ooo..bla3..
Sebaik sahaja menerima panggilan dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai guru besar SK Gusai,fikiranku mula berkecamuk,bukannya jauh dipedalaman yang menjadi persoalan,tetapi benarkah perkhabaran itu tatkala rakan-rakanku masih tertanya2 dimanakah mereka bkal ditempatkan,masing2 sibuk membuat panggilan hangit ke JPN,KPM untuk bertanyakan khabar penempatan tetapi hampa sedangkan aku dihubungi oleh Guru Besar sendiri,logikkah ini?fikirku berulangkali..Aku terus menerpa mencapai komputer ribaku,jari jemari pantas menaip "SK GUSAI"..dan akhirnya terpampang carian yang membuatkan aku terkesima sebentar,kena naik bot??4jam??Tidakkk!!!
Selang beberapa hari selepas itu,tanggal 1hb januari 2010,aku dengan ditemani kedua ibubapaku serta emak saudaraku mula bergerak ke kuantan untuk menumpang dirumah sepupuku,malam itu kami sama2 memikirkan dan mencongak jalan manakah yang harus diambil untuk sampai ke kuala tahan kerana diantara kami,tiada seorang pun yang pernah sampai kesana. 2hb januari akhirnya menyaksikan kekalutan kerana pada hari tersebut,acara penyerahan surat penempatan diadakan,masing2 gementar untuk mengetahui tempat yang bakal mereka bertugas,aku pada masa itu sudah berpegang pada pemberitahuan sebelumnya,iaitu penempatan di sekolah Gusai,dan itu membuatkan aku sedikit tenang,saat aku mendapat surat penempatan,aku buka perlahan-lahan dan benar,aku telah ditugaskan di SK GUSAI,aku melihat keliling dewan,ada yang menangis,ada yang gembira,dan ada yang sedang berbincang dengan pegawai JPN,dah nak mintak tukar ke?fikirku..ah..lantak la,yang penting aku dah dapat surat penempatan yang ditunggu2,kataku..'awak dapat SK GUSAI ker?" tiba-tiba aku disapa,"oh wartawan rupanya,ape dia nak ni",bisikku. Wartawan tersebut kemudiannya bertanyakan mengenai perasaanku ketika mendapat tahu tempat bertugas dan beberapa soalan lain,selesai ditemuramah,aku pulang kerumah sepupuku dan menunggu hari esok,hari aku bakal ke....Gusai
Keesokan harinya,seawal jam 7,kami bertolak menuju ke Kuala Tahan,cuaca pada hari tersebut tidak menyebelahi kami,hujan turun agak lebat membuatkan perjalanan kami agak terganggu dek kerana jarak penglihatan dipendekkan. Kami melalui Bandar Pusat Jengka,dan jalannya boleh dikatakan kurang elok,mungkin disebabkan oleh jalannya dipenuhi 'jerangkap samar' yakni baja free dari lembu-lembu disekitarnya.Setelah melalui jalan yang bersimpang siur dan memeningkan,apetah lagi dalam keadaan hujan,kami pun sampai di Jeti Kuala Tahan pada jam 9.30 pagi dan menunggu cikgu Hazwan,cikgu yang bakal membawa aku masuk nun jauh di Gusai,rupa2nya aku diberitahu yang bot akan bermudik pada jam 1 tghari. "menyesal pulak aku datang awal sangat" keluh ku. Puas aku menunggu,kesian pulak aku tgk mereka yag menghantarku terpaksa menunggu lama.Jam akhirnya menunjukkan jam 1,aku mula memuatkan barang dalam bot yang bakal ku naiki,aku agak risau pada pemulaannya meskipun aku sudah biasa dengan sampan dan bot tambang di perkampunganku. Setelah semua barang telah dimuatkan kedalam bot dan penumpang telah bersedia,bot yang aku naiki mula bergerak meninggalkan jeti Kuala Tahan,aku melambaikan tangan ke arah kedua ibubapaku.

Didalam bot,aku masih lagi risau,tapi lama kelamaan aku menjadi ralit memerhatikan hutan2 dan pokok sekitar sungai ulu tembeling ini,sejuk mula menyeliputi badan kerana hujan masih tidak berhenti,air sungai pula menyimbah2 masuk menerpa aku,basah kuyup dibuatnya,lama kelamaan mataku tidak lagi dapat bertahan,dan aku terlelap,kemudian tersedar dan kembali terlelap,begitulah beberapa kali kerana aku tidak terbiasa dengan menaiki bot selama itu,setelah hampir 3 jam perjalanan,aku sampai ke kg.Bantal,disitu kami bertukar dari bot kepada perahu yg lebih kecil dan tidak berbumbung,mujurlah hujan tinggal renyai2 sahaja,aku meneruskan perjalanan seusai bersolat jamak,ketibaanku disambut oleh guru-guru yang bertugas sebelum aku,nasib baik anak-anak murid juga datang membantu memandangkan aku membawa barang yang agak banyak untuk penempatan kali pertama ini. Kampung ini ku rasakan suasananya aman,tiada kedengaran bunyi bising kenderaan yang tidak pernah surut berbanding di bandar.
Kedatanganku juga disambut oleh TNB secara tersirat apabila selang sehari selepas itu,bekalan elektrik terputus selama beberapa hari sehinggalah hari aku kembali menghilir untuk menyelesaikan segala dokumen2 penerimaan jawatan dan medical checkup,dan perlahan-lahan dari saat itu,aku mula mempelajari erti menghargai elektrik dengan kerap online sebelum ada monyet-monyet atau pokok tumbang yang bakal membuatkan aku mati akal selama 3-4hari setiap kali putusnya bekalan elektrik,hehe..
Sk Gusai
Kadang2 kena tolak bot bile air cetek
Kadang2 bermandikan hujan
terpaksa menempuh jeram2
Bot pun boleh karam jugak
Sk Gusai
My history and Life
Assalamualaikum semua,sebagai pemula bicara,ingin sekali saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu,adepun alkisah saya telah diberi nama Zulhairi oleh bapa saya,tetapi panggilan dikampung halaman biasanya eriey,so disitulah dtgnye nama eriey,zx ape maksudnya?haha..itu sebenarnya nama model sebuah moto idaman saya sejak kecil,Zxr..nama pena lain saya yang mmg da lame saya pakai 'eriezcool',nak tau dpt dari mane?haha..xpayahla kot,ok2..sambung balik,saya dilahirkan di sebuah negeri yang pada suatu ketika dahulu terkenal sebagai negeri pendaratan penyu(tapi skg penyu2 banyak merajuk dah =P) iaitu Terengganu,dibesarkan di Selangor dan Kuala Lumpur,kejap Selayang,kejap Kampung Baru,Kejap Kampung Nakhoda,ntah la,xingat sangat dah,hehe..Now da menetap kembali di negeri kelahiran mengikut ayah bertukar tempat kerja masa akhir darjah 5,sempat la setahun belajar kat Sek.Keb.Teluk Ketapang sebelum masuk ke asrama penuh start Form 1 until 5 kt Besut..Hurm..ape lagi aku nak cerita nih? rasenye ckup la stakat ni dlu untuk post kali pertama,hehe..Selamat Berkenalan Semua!!
Subscribe to:
Posts (Atom)